Adoiiii Sorry ler, Sibuk sangat dengan kerja dari bulan lepaih..Tak abis lagi. Blog ni pun dah maleh nak update.
Aktiviti Latihan Amali ambik gambar tetap jalan gak. Tapi cuma masa weekend. Nak jugak upload, cuma masa jer yang tak berapa nak free.
Semenjak dua menjak terpikir kenapa kengkadang ramai orang jadi giler. Banyak la jenis giler ni, kalau nak taip panjang pulak ler list. Aku pun memang tengah maleh.
Cumanyer, kalau memang dah jenis giler sebab hakikatnya memang dah giler dek ketentuan, tak pelah kot, sebab iyelah, memang udah giler. Nak kata apa lagi. Boleh ler mahapkan. Tampoi ada, Tanjung Rambutan ada. Pilih jer mana nak hantor. Dak pun kat hospital wad sakit jiwa nu. Susah hapanyer.
Tapi giler yang yang bukan natural giler, yang dibuat-buat sebab tak suka ke, benci ke, tak puas ati ke, angau ke, nak kan glamer ker, apa ke jadahnyer? Tak tau ler kot memang tebiat sejak azali menetek susu mak suka buat-buat jadi giler la kot.
Kalau pulak giler buat-buat ni dia sorang jer, pun rasanya tak de mengapa. Ikut dia, lantaklah nak jadi hapa pun. Nak salak bukit tetengah malam ke, melolong sampai serak suara pun ikut suka. Jangan kacau ganggu orang udah.
Tapi ituler, bab yang macam ni actually nyer mana yang tak de kacau orang. Mesti orang keliling pun kena badi terpalit sama. Ni ler yang palatnya.Kot orang tak melawan, diam jer pun tak boleh jadi jugak.
Heh entah ler.
Kotnyer kena kat aku, senang jer aku kata ..
"Ada aku jentik telor kamu?".
keh3...tang "jentik telor" tu bukan giler...tu lain tu..
ReplyDeleteAgip: Hahahhah, lawak!
ReplyDeleteptt senyap..ingatkan sibuk shopping kt christmas market tak abes2 :P
ReplyDeleteKinna: Oit dah lama dah lepas Christmas!
ReplyDelete