Monday, January 31, 2011

THE THING ABOUT US : CERITA PASAL HANTU

Masa kecik-kecik dulu, selalu benor kena takutkan dengan citer hantu. Macam-macam jenih hantu ni, hantu kepala anjing, hantu raya, hantu tinggi, langsuyor, toyol, penangge, polong, jerangkung. Banyak benor spesis hantu, sampai tak terkira lagi dah. Tu belum masuk bab nak kencing kat luor rumah kena minta izin tok nenek lagi. Kalau tak burut telor katanya. Itu kalau budak laki. Kalau budak pompuan tak dibagitau burut apa pulak. Ase ada jer busut jantan, ituler tempat segala macam hantu lepak. Masuk senja balik ler rumah, kalau tak disorok hantu. Kalau nak ambik kira semuanya  kena masukkan sekali  spesis orang Bunian dengan Jin segala macam bagai.  

Yelah, masa kecik-kecik apaler yang tau, percaya jelah cakap orang. 

Pikir-pikir balik, rumah-rumah yang pernah duduk semua dekat kubor. Kat Pengkalan Pegoh, kubor betoi-betoi belakang rumah. Kat Kampung Pasir Putih, rumah sebelah masjid, sebelahnya kubor. Yang bestnya, jamban luor rumah, dah ler pulak pokok kekabu tinggi kat sebelah. Depa kata tempat langsuyor bertenggek. Letrik ada dah masa tu, tapi entah pasal apa, tak di wiring nyer sekali  jamban tu,  kena pakai lampu suloh, kalau lampu suloh abih bateri pulak, pakai pelita minyak tanah. Gilernya rasa horror nak buang ayor tengah malam buta. Kat Rapat Jaya ler pun kubor jauh sikit, tapi nak pegi rumah kawan kat Binaria, kena lalu kubor, peh tu kena tempoh pulak jerat Cina. Kalau naik beskal laju ler sikit. Kena jalan kaki, mata melior perati kubor, mulut komat kamit baca ayat Qursi. Lepaih jer area tu, tak boleh bayang ler macam mana rasa lega hati tak jumpa hantu, selamat. Masuk sekolah menengah, banyak ler pulak citer hantu kat asrama. Biasalah citer kat asrama, yang paling poplar, hantu jepun dengan hantu ragbi. Ada ler pulak kawan terserempak langsuyor ataih pokok, siap dia boleh senyum sambil mengilai lagi. Masa Tingkatan 2, heboh dengan citer asrama kena serang hantu,  Citernya, masa sekolah nak dibina, tempatnya keras, orang dulu masa tu upah bomoh halo semua hantu-hantu tu, pagor ler keliling kawasan sekolah. Kuat ilmunya tu sampai 25 tahun jer, Udah abih tempoh ler maksudnya tu, tu yang hantu-hantu tu mengganeh usik bebudak sekolah. Heboh betoi citer budak kena sakat, sampai Pengetua terpaksa bercakap isu hantu ni dalam assembly.

Ikut-ikutnya udah boleh fobia dengan citer-citer hantu. Ye ler pun, dari kecik telinga dok kena asak, kalau tak nak percaya pun udah jadi percaya.




Pengaruh TV, wayang pun kuat jugak. Ingat lagi masa citer pontianak tayang kat TV, takut  ler semua satu kampung, nak keluor pergi ngaji pun jalan ramai-ramai. Mana-mana pokok besor, mampuih tak lalu. Sakat kawan pun selalu jugak ler, tambah kalau budak pompuan balik dari surau. Depa repot kat orang tua, kena sesah dengan tali pinggang. Tak der seriknya pun, esok lusa buat lagi. Benda-benda nakal ni memang seronok, mana nak berenti. Kata orang pontianak kalau dipaku kat leher tukor jadi pompuan cantik. Betoi ke idak tak tau ler. Buatnya tukor jadi rupa Jessica Alba ke, ok ler, tapi kalau tukor rupa jadi Dennis Rodman versi pompuan, adoi! Mau mampoih nyesal pergi paku tengkok pontianak tu.

Jessica Alba in Sin City

Mr ooooops Madam Dennis Rodman.

Rasa-rasa aku ler, ni semua ada kaitan sikit sebanyak dengan sikap masyarakat kita. Mana tak, kalau budak kecik tu bising sikit dalam rumah waktu malam, mak bapak cakap, " Ha, bisingler kamu, kang hantu datang usik" " Pergiler tempat gelap tu ada hantu". Contohnya ler, Budak ni pun diamler, sebab takut hantu. Udah besor, terbawak-bawak perasaan takut tu. Teruih saiko dengan tempat-tempat gelap. Ituler, kita ni suka benor takutkan anak-anak dengan benda-benda macam ni. Cuba ubah sikit. Takde ler dema percaya dengan yang karut.

Dulu masa kecik macam tu ler, takut jugak, tapi lepaih banyak kali jogging dekat jerat cina  (dekat Tambun Inn/ Wat Siam) masa sekolah dulu praktis cross country, lelama jadi kurang. Tak pernah terserempak pun. Dah besor panjang, pikir pulak benda-benda ni tak logik mana. Belajor ugama macam tu ler jugak ustaz bagitau. Ada pun minta lindung dengan yang kuasa. Jangan sampai taksub takutnya udah.

Dulu ada member sorang ni, belajor sampai obersi, ingatkan dah tak de la  percaya dah dengan benda-benda ni, yelah, orang dah berpelajaran, dah matang pikiran, tapi tak jugak, masih lagi percaya dengan perkara-perkara macam ni. Kalau setakat percaya macam tu jer, takpelah jugak, biasa ler tu, tapi idak, ini sampai jadi udah lain macam takut benor dengan hantu, nak bawak keter memalam sorang-sorang pun mesti kena ada kawan. Tak de kawan meneman, mampoih tak nak bawak keter keluor malam. Bior ler tunggu siang. Siang tak de hantu katanya. Pikir-pikir, cuba ler jadi kawan yang diajak meneman malam-malam tu rupanya betoi-betoi hantu. 

Tak kelam kabut dibuatnya member tu?

Thursday, January 27, 2011

THE THING ABOUT US : CERITA PASAL BAHASA

Seronok jugak tulis dalam Bahasa Melayu ni. Mencurah-curah idea. Laju jer datang. Ye lah, Bahasa Inggeris bukannyer bahasa ibunda. Tersangkut-sangkut pikir nak cari perkataan. Belum masuk bab grammar lagi tu.Tapi baguih untuk latihan. Manalah tau kot nak guna  English, tak ler tergagap-gagap menjawab atau Me Speak No English/ I dont know sepatah haram. Boleh ler hidup kat tempat orang.

Dulu masa duduk Siam, macam tu ler. Tak paham langsung depa cakap apa. Nak berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris, depa tak blajor pulak kat sekolah depa masa kecik-kecik. Payah betoi. Staff aku nasihat, tak susah sangat belajor cakap Siam ni. Suruhnya aku hapal satu perkataan sehari. Peh tu dibelikannya satu buku nota kecik, macam buku tiga lima dulu tu. Aku pun start le hapal, satu satu tulih dalam buku kecik bahasa Siam ni. Aku ingat lagi perkataan first sekali yang aku belajor - Mai maknanya Tak. Peh tu tambah ler perkataan lain lepas Mai .............macam , mai dai, mai au, mai pai, memacam mai lagi lah. Pelan pelan lelama boleh le cakap Siam. Tak ler fasih sangat, tapi lepaih la setakat nak naik tut tut. Peh tu yang bestnya, orang Siam tak tau aku boleh cakap Siam. Tiba masa nak ambik teksi kat Bukit Kayu Hitam, kalau aku dengor jer depa sok sek sok sek cakap sesama depa nak caj rega lain, aku pun  put Thai ler. Depa pun tak jadi ler caj lebih.


Tau bahasa lain ni baguih sebenornya.Untung banyak. Cuma kat sini, entah, maleh pulak nak belajor bahasa French ker, German ker. Udah berumur kot. Memang umumnya orang dah berumur cam aku ni makin hari makin maleh nak belajor. Tu yang respek sangat kat member-member sebaya yang masih mengadap buku dengan anak merenyut-renyut. Ye ler, dengan anak-anak lagi, dengan kerojer lagi, dengan bini lagi. Nasib baik ler bini satu. Buatnya dua tiga, tak haru? Kira depa ni tahap dasat ya amat ler. Memang patut respek depa-depa ni.

Masuk bab ilmu ni aku segan sikit, sebab belajor  takat untuk boleh kerojer elok jer.. Kot nanti mulut orang kata, eleh dia tu bukannya tinggi belajor pun, pandai pulak nak nasihat orang. Mulut orang kita, memangnyer cam tu. Kengkadang tu lebih mulut dari akal. Aku pulak jenih pikir, belajor formal, memang tak leh ler lawan. Tapi kalau bab pase belajor cara tak formal, sesapa pun boleh buat. Tak de hauk ngikut sijil berjela dengan naik stage je la bezanya pun.

Dulu dalam blog ni ke, blog lama aku ntah tak ingat, ada la tulih pase bab anak-anak aku tak berapa nak boleh cakap Melayu sebab besor kat obersi. Ada sorang minah tu accuse aku tak ngajor anak-anak cakap Melayu, tu sebab depa tak boleh cakap Melayu. Huh! Angin giler aku. Aku dengan member aku teruih sound, kalau tak rasa sendiri dok kat obersi dengan persekitaran semua dok pok pek cakap bahasa asing, jangan ler dok belagak tau camna susahnya anak-anak nak belajor cakap Melayu. Ate, celik mata jer, bukak TV, bukan nya bahasa Melayu yang keluor, pegi sekolah, bukan sekolah ada budak Melayu, pegi memana pun, tak dengor telinga depa bahasa Melayu. Peh tu aku tanya Minah tu, pernah duduk obersi, tak pernah jawabnya, ada anak, tak de katanya, belum kawin lagi pun. Dah tu? Kawin pun belum, anak pun tak de, tak pernah duduk obersi pun, hapa ke jadah nya belagak macam tau benor pengalaman orang lain besorkan anak kat luor negeri? Main tuduh jer, ikut sedap mulut jer cakap. Bengong ke hapa? Hish!

Anak-anak aku sekarang ni dah paham kalau mak bapak dia cakap Melayu, tapi nak menjawab dengan reka ayat tu susah sikit kot.bagi depa. Yang tua sekarang ni dah boleh lawan cakap Melayu. Tinggal lagi dua tu, harap-harap Insya Allah boleh  ler gamaknya dah besor sikit nanti.

Anak-anak aku tu, sampai sini dulu, aku masukkan sekolah tempatan setahun, bahasa pengantor bahasa Perancis. Weh, penin! Depa memberontak, berat betoi nak pegi sekolah, yelah tak paham sepatah pun, nak suka macam mana. Paham ler sebab apa depa tak suka. Yang tua tu sampai madamoiselle cikgu tu bagitau, dia tak join aktiviti belajor, asyik bagi alasan, homework tak buat sebab tak paham. Tapi paksa jugak pegi. Alhamdulllah ler, bila abih setahun boleh ler dapat cakap dengan paham bahasa Perancis. Lepaih tu masuk sekolah baru ni ada kelas bahasa Perancis, sebab udah ada basic, senang ler depa dapat tangkap.

Cerita pase belajor bahasa ni teringat pulak motto dengan ltajuk agu sekolah, Ilmu Panduan Hidup. Masa sekolah menengah dulu mana nak ingat apa ke benda maksudnya. Asyik main ketuk kerusi depan ikut bunyi piano masa nyanyi lagu sekolah dalam assembly. Sekarang ni baru terpikir betoi ler jugak benda tu.

Bangunlah wahai teman-temanku,
Berkorban segenap tenagamu,
Bersama berusaha memajukan bangsa,
Serta tanah air kita.

Bangunlah tuntut segala ilmu,
Tunjukkan kebaktianmu,
Jangan membuang masa,
Dengannya sia-sia,
Kerna ILMU PANDUAN HIDUP.

Tak de ilmu huru hara ler kot idup jadinya..



Tuesday, January 25, 2011

AKULA WAS HERE : THE INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FESTIVAL - CHATEAU D'OEX, SWITZERLAND

 Hari Ahad lepaih, pergi tengok belon. 

Bukan belon jual kat funfair tu. Ni belon besor. Kecik-kecik dulu aku tengok kat TV punyala cantik. Ni la masanya merealisasikan impian masa bebudak dulu. .

Festival belon ni depa buat tetiap tahun kat Chateau d' Oex. Dalam bulan satu, masa tengah sejuk ya amat. Hari pegi tu -10! Sejuk, abih hidung, mata semua berayor. Nasib baik tak beku teruih. Gagah jugak ler dah nak tengok. 

Tempat ni memang poplar dengan belon ni. Ada muzium, belon, souvenir pun jual belon kecik, Orang rumah aku cukup minat ler dengan fridge magnet macam ni. Dok kumpul dah banyak jugak, dah tak rupa pintu peti ais. Abih di lekatnya. Sebab murah ok jer la. Jangan dimintak benda mahal rega beratuih, udah. Tak upaya ler nak membelinya.

Udah tempat belon, jalan pun dinamakan Jalan Belon
Tengah siap-siap nak terbang


Berator tunggu giliran.

Ni dua orang ni polis tiket. Kalau tak ada tiket kena bayor CHF 9.00. Abih dilatanya semua orang yang menengok. Tak kira la duduk mana pun, ataih bukit, bayor, ataih jalan, bayor, kamu tengok kamu bayor. 

Nak landing

Nak landing jugak









Cemaih jugak rasanya depa tu ataih nu.

Ni tak de bakui tak de apa, duduk macam ataih boyan.




Gambor favourite.


Belon-belon ni berangkai.

Thursday, January 20, 2011

THE THING ABOUT US : CITER AUTA

Kengkadang orang suka sangat mengadakan benda yang tak de. Seronok sangat gamaknya citer sampai bersembor ayor lior.Tak ingat hapa dah selalunya. Syok abih la kot boleh gebang kat orang keliling.

Mana tak nyer. Citer mestiler best, menarik perhatian, boleh jugak up diri setakuk dua, goreng dalam kuali bontot hitam, masuk bakul tekan butang lif. Dasat ler katakan. Orang lain tak leh celen punya. 

Aku memang maleh nak melayan spesis-spesis ni. Angin satu badan. Memang maleh sangat. Selalunya dapat ler lari, nampak jer kelibat teruih hala kaki ke lain. Tapi sangkut jugak 2-3 kali. Dulu ada member macam ni  la baguihnyer sembang. Masa tu aku pakai keter ganaih gak la. Boleh la lari sampai satu nam, stereng menten, tak gegor. Member aku ni, aku tau dah cakap berdegor, tapi layan gak ler. Udah member, nak buat camna, kang tak dilayan kang, menangih dah la pulak, balik ngadu mak bapak. 

Member aku: Wei, dengor citer keter kamu lari besit gilanyer.
Akula : Takat satu nam tu ok lagi tak gegor stereng. Aku jer yang gegor dada.
Member aku : Eleh, kamu tau keter aku lari 220, Abih meter! Kalau meter 300, sampai dah 300.
Akula : Kamu pakai keter apa yop?
Member aku : Proton Saga.

Maleh aku nak layan, teruih blah.

Bukannya apa. Nak auta kot la, bagi la citer logik skit. Ni sampai abih meter. Proton lak tu. Lain ler kalau Proton tu pasang enjin Porsche. Percaya la jugak. Tu pun aku rasa abih telanjang bolin kot body Proton tinggal tempat duduk kena tiup angin laju.

Sorang lagi citer pasal jumpa rimo kat Ulu Yam. Lari panjat pokok katanya. Aku ni tak ler pandai sangat, tapi rasanya ingat, ingat balik rencana Nat Geo yang aku tengok kat TV, rimo bukan ke boleh kerabat pokok dengan senang lenang nyer? Kot ler aku ni sekolah tak tinggi tak pe la jugak. Ini sekolah aku bangunan tinggi 3 tingkat. Tu belum kira Menara ITM tu. Tinggi sayup gak.

Pengajaran citer aku ni senang jer. Nak eksen auta pun biorlah logik boleh percaya.

Tak gitu yop?

Wednesday, January 19, 2011

THE THING ABOUT US : GILER



Adoiiii  Sorry ler, Sibuk sangat dengan kerja dari bulan lepaih..Tak abis lagi. Blog ni pun dah maleh nak update.

Aktiviti Latihan Amali ambik gambar tetap jalan gak. Tapi cuma masa weekend. Nak jugak upload, cuma masa jer yang tak berapa nak free.

Semenjak dua menjak terpikir kenapa kengkadang ramai orang jadi giler. Banyak la jenis giler ni, kalau nak taip panjang pulak ler list. Aku pun memang tengah maleh.

Cumanyer, kalau memang dah jenis giler sebab hakikatnya memang dah giler dek ketentuan, tak pelah kot, sebab iyelah, memang udah giler. Nak kata apa lagi. Boleh ler mahapkan. Tampoi ada, Tanjung Rambutan ada. Pilih jer mana nak hantor. Dak pun kat hospital wad sakit jiwa nu. Susah hapanyer.

Tapi giler yang yang bukan natural giler, yang dibuat-buat sebab tak suka ke, benci ke, tak puas ati ke, angau ke, nak kan glamer ker, apa ke jadahnyer? Tak tau ler kot memang tebiat sejak azali menetek susu mak suka buat-buat jadi giler la kot. 

Kalau pulak giler buat-buat ni dia sorang jer, pun rasanya tak de mengapa. Ikut dia, lantaklah nak jadi hapa pun. Nak salak bukit tetengah malam ke, melolong sampai serak suara pun ikut suka. Jangan kacau ganggu orang udah. 

Tapi ituler, bab yang macam ni actually nyer mana yang tak de kacau orang. Mesti orang keliling pun kena badi terpalit sama. Ni ler yang palatnya.Kot orang tak melawan, diam jer pun tak boleh jadi jugak.

Heh entah ler.

Kotnyer kena kat aku, senang jer aku kata ..

"Ada aku jentik telor kamu?".