Masa kecik-kecik dulu, selalu benor kena takutkan dengan citer hantu. Macam-macam jenih hantu ni, hantu kepala anjing, hantu raya, hantu tinggi, langsuyor, toyol, penangge, polong, jerangkung. Banyak benor spesis hantu, sampai tak terkira lagi dah. Tu belum masuk bab nak kencing kat luor rumah kena minta izin tok nenek lagi. Kalau tak burut telor katanya. Itu kalau budak laki. Kalau budak pompuan tak dibagitau burut apa pulak. Ase ada jer busut jantan, ituler tempat segala macam hantu lepak. Masuk senja balik ler rumah, kalau tak disorok hantu. Kalau nak ambik kira semuanya kena masukkan sekali spesis orang Bunian dengan Jin segala macam bagai.
Yelah, masa kecik-kecik apaler yang tau, percaya jelah cakap orang.
Pikir-pikir balik, rumah-rumah yang pernah duduk semua dekat kubor. Kat Pengkalan Pegoh, kubor betoi-betoi belakang rumah. Kat Kampung Pasir Putih, rumah sebelah masjid, sebelahnya kubor. Yang bestnya, jamban luor rumah, dah ler pulak pokok kekabu tinggi kat sebelah. Depa kata tempat langsuyor bertenggek. Letrik ada dah masa tu, tapi entah pasal apa, tak di wiring nyer sekali jamban tu, kena pakai lampu suloh, kalau lampu suloh abih bateri pulak, pakai pelita minyak tanah. Gilernya rasa horror nak buang ayor tengah malam buta. Kat Rapat Jaya ler pun kubor jauh sikit, tapi nak pegi rumah kawan kat Binaria, kena lalu kubor, peh tu kena tempoh pulak jerat Cina. Kalau naik beskal laju ler sikit. Kena jalan kaki, mata melior perati kubor, mulut komat kamit baca ayat Qursi. Lepaih jer area tu, tak boleh bayang ler macam mana rasa lega hati tak jumpa hantu, selamat. Masuk sekolah menengah, banyak ler pulak citer hantu kat asrama. Biasalah citer kat asrama, yang paling poplar, hantu jepun dengan hantu ragbi. Ada ler pulak kawan terserempak langsuyor ataih pokok, siap dia boleh senyum sambil mengilai lagi. Masa Tingkatan 2, heboh dengan citer asrama kena serang hantu, Citernya, masa sekolah nak dibina, tempatnya keras, orang dulu masa tu upah bomoh halo semua hantu-hantu tu, pagor ler keliling kawasan sekolah. Kuat ilmunya tu sampai 25 tahun jer, Udah abih tempoh ler maksudnya tu, tu yang hantu-hantu tu mengganeh usik bebudak sekolah. Heboh betoi citer budak kena sakat, sampai Pengetua terpaksa bercakap isu hantu ni dalam assembly.
Ikut-ikutnya udah boleh fobia dengan citer-citer hantu. Ye ler pun, dari kecik telinga dok kena asak, kalau tak nak percaya pun udah jadi percaya.
Pengaruh TV, wayang pun kuat jugak. Ingat lagi masa citer pontianak tayang kat TV, takut ler semua satu kampung, nak keluor pergi ngaji pun jalan ramai-ramai. Mana-mana pokok besor, mampuih tak lalu. Sakat kawan pun selalu jugak ler, tambah kalau budak pompuan balik dari surau. Depa repot kat orang tua, kena sesah dengan tali pinggang. Tak der seriknya pun, esok lusa buat lagi. Benda-benda nakal ni memang seronok, mana nak berenti. Kata orang pontianak kalau dipaku kat leher tukor jadi pompuan cantik. Betoi ke idak tak tau ler. Buatnya tukor jadi rupa Jessica Alba ke, ok ler, tapi kalau tukor rupa jadi Dennis Rodman versi pompuan, adoi! Mau mampoih nyesal pergi paku tengkok pontianak tu.
Rasa-rasa aku ler, ni semua ada kaitan sikit sebanyak dengan sikap masyarakat kita. Mana tak, kalau budak kecik tu bising sikit dalam rumah waktu malam, mak bapak cakap, " Ha, bisingler kamu, kang hantu datang usik" " Pergiler tempat gelap tu ada hantu". Contohnya ler, Budak ni pun diamler, sebab takut hantu. Udah besor, terbawak-bawak perasaan takut tu. Teruih saiko dengan tempat-tempat gelap. Ituler, kita ni suka benor takutkan anak-anak dengan benda-benda macam ni. Cuba ubah sikit. Takde ler dema percaya dengan yang karut.
Dulu masa kecik macam tu ler, takut jugak, tapi lepaih banyak kali jogging dekat jerat cina (dekat Tambun Inn/ Wat Siam) masa sekolah dulu praktis cross country, lelama jadi kurang. Tak pernah terserempak pun. Dah besor panjang, pikir pulak benda-benda ni tak logik mana. Belajor ugama macam tu ler jugak ustaz bagitau. Ada pun minta lindung dengan yang kuasa. Jangan sampai taksub takutnya udah.
Dulu ada member sorang ni, belajor sampai obersi, ingatkan dah tak de la percaya dah dengan benda-benda ni, yelah, orang dah berpelajaran, dah matang pikiran, tapi tak jugak, masih lagi percaya dengan perkara-perkara macam ni. Kalau setakat percaya macam tu jer, takpelah jugak, biasa ler tu, tapi idak, ini sampai jadi udah lain macam takut benor dengan hantu, nak bawak keter memalam sorang-sorang pun mesti kena ada kawan. Tak de kawan meneman, mampoih tak nak bawak keter keluor malam. Bior ler tunggu siang. Siang tak de hantu katanya. Pikir-pikir, cuba ler jadi kawan yang diajak meneman malam-malam tu rupanya betoi-betoi hantu.
Tak kelam kabut dibuatnya member tu?

Jessica Alba in Sin City |
Mr ooooops Madam Dennis Rodman. |

...sekarang ni, melambak dah hantu2 yg boleh nampak dgn mata kasar..merata tempat, tepi jalan, tepi lorong, kiri, kanan, depan, belakang ...menghantui orang2 beriman dan yg perasan beriman...hehehe
ReplyDeleteHahhaha, betul bro!
ReplyDelete