Tuesday, January 25, 2011

AKULA WAS HERE : THE INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FESTIVAL - CHATEAU D'OEX, SWITZERLAND

 Hari Ahad lepaih, pergi tengok belon. 

Bukan belon jual kat funfair tu. Ni belon besor. Kecik-kecik dulu aku tengok kat TV punyala cantik. Ni la masanya merealisasikan impian masa bebudak dulu. .

Festival belon ni depa buat tetiap tahun kat Chateau d' Oex. Dalam bulan satu, masa tengah sejuk ya amat. Hari pegi tu -10! Sejuk, abih hidung, mata semua berayor. Nasib baik tak beku teruih. Gagah jugak ler dah nak tengok. 

Tempat ni memang poplar dengan belon ni. Ada muzium, belon, souvenir pun jual belon kecik, Orang rumah aku cukup minat ler dengan fridge magnet macam ni. Dok kumpul dah banyak jugak, dah tak rupa pintu peti ais. Abih di lekatnya. Sebab murah ok jer la. Jangan dimintak benda mahal rega beratuih, udah. Tak upaya ler nak membelinya.

Udah tempat belon, jalan pun dinamakan Jalan Belon
Tengah siap-siap nak terbang


Berator tunggu giliran.

Ni dua orang ni polis tiket. Kalau tak ada tiket kena bayor CHF 9.00. Abih dilatanya semua orang yang menengok. Tak kira la duduk mana pun, ataih bukit, bayor, ataih jalan, bayor, kamu tengok kamu bayor. 

Nak landing

Nak landing jugak









Cemaih jugak rasanya depa tu ataih nu.

Ni tak de bakui tak de apa, duduk macam ataih boyan.




Gambor favourite.


Belon-belon ni berangkai.

5 comments:

  1. canteknya..cam bebola atas awan!

    ReplyDelete
  2. ..cantik2 gambar ni yop.. mcm ni baru best shoot belon... kalau kt sini/putrajaya tk syok... background kurang menarik

    ReplyDelete
  3. Awesome la gambar belon...meletoppp!!

    ReplyDelete