Thursday, January 27, 2011

THE THING ABOUT US : CERITA PASAL BAHASA

Seronok jugak tulis dalam Bahasa Melayu ni. Mencurah-curah idea. Laju jer datang. Ye lah, Bahasa Inggeris bukannyer bahasa ibunda. Tersangkut-sangkut pikir nak cari perkataan. Belum masuk bab grammar lagi tu.Tapi baguih untuk latihan. Manalah tau kot nak guna  English, tak ler tergagap-gagap menjawab atau Me Speak No English/ I dont know sepatah haram. Boleh ler hidup kat tempat orang.

Dulu masa duduk Siam, macam tu ler. Tak paham langsung depa cakap apa. Nak berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris, depa tak blajor pulak kat sekolah depa masa kecik-kecik. Payah betoi. Staff aku nasihat, tak susah sangat belajor cakap Siam ni. Suruhnya aku hapal satu perkataan sehari. Peh tu dibelikannya satu buku nota kecik, macam buku tiga lima dulu tu. Aku pun start le hapal, satu satu tulih dalam buku kecik bahasa Siam ni. Aku ingat lagi perkataan first sekali yang aku belajor - Mai maknanya Tak. Peh tu tambah ler perkataan lain lepas Mai .............macam , mai dai, mai au, mai pai, memacam mai lagi lah. Pelan pelan lelama boleh le cakap Siam. Tak ler fasih sangat, tapi lepaih la setakat nak naik tut tut. Peh tu yang bestnya, orang Siam tak tau aku boleh cakap Siam. Tiba masa nak ambik teksi kat Bukit Kayu Hitam, kalau aku dengor jer depa sok sek sok sek cakap sesama depa nak caj rega lain, aku pun  put Thai ler. Depa pun tak jadi ler caj lebih.


Tau bahasa lain ni baguih sebenornya.Untung banyak. Cuma kat sini, entah, maleh pulak nak belajor bahasa French ker, German ker. Udah berumur kot. Memang umumnya orang dah berumur cam aku ni makin hari makin maleh nak belajor. Tu yang respek sangat kat member-member sebaya yang masih mengadap buku dengan anak merenyut-renyut. Ye ler, dengan anak-anak lagi, dengan kerojer lagi, dengan bini lagi. Nasib baik ler bini satu. Buatnya dua tiga, tak haru? Kira depa ni tahap dasat ya amat ler. Memang patut respek depa-depa ni.

Masuk bab ilmu ni aku segan sikit, sebab belajor  takat untuk boleh kerojer elok jer.. Kot nanti mulut orang kata, eleh dia tu bukannya tinggi belajor pun, pandai pulak nak nasihat orang. Mulut orang kita, memangnyer cam tu. Kengkadang tu lebih mulut dari akal. Aku pulak jenih pikir, belajor formal, memang tak leh ler lawan. Tapi kalau bab pase belajor cara tak formal, sesapa pun boleh buat. Tak de hauk ngikut sijil berjela dengan naik stage je la bezanya pun.

Dulu dalam blog ni ke, blog lama aku ntah tak ingat, ada la tulih pase bab anak-anak aku tak berapa nak boleh cakap Melayu sebab besor kat obersi. Ada sorang minah tu accuse aku tak ngajor anak-anak cakap Melayu, tu sebab depa tak boleh cakap Melayu. Huh! Angin giler aku. Aku dengan member aku teruih sound, kalau tak rasa sendiri dok kat obersi dengan persekitaran semua dok pok pek cakap bahasa asing, jangan ler dok belagak tau camna susahnya anak-anak nak belajor cakap Melayu. Ate, celik mata jer, bukak TV, bukan nya bahasa Melayu yang keluor, pegi sekolah, bukan sekolah ada budak Melayu, pegi memana pun, tak dengor telinga depa bahasa Melayu. Peh tu aku tanya Minah tu, pernah duduk obersi, tak pernah jawabnya, ada anak, tak de katanya, belum kawin lagi pun. Dah tu? Kawin pun belum, anak pun tak de, tak pernah duduk obersi pun, hapa ke jadah nya belagak macam tau benor pengalaman orang lain besorkan anak kat luor negeri? Main tuduh jer, ikut sedap mulut jer cakap. Bengong ke hapa? Hish!

Anak-anak aku sekarang ni dah paham kalau mak bapak dia cakap Melayu, tapi nak menjawab dengan reka ayat tu susah sikit kot.bagi depa. Yang tua sekarang ni dah boleh lawan cakap Melayu. Tinggal lagi dua tu, harap-harap Insya Allah boleh  ler gamaknya dah besor sikit nanti.

Anak-anak aku tu, sampai sini dulu, aku masukkan sekolah tempatan setahun, bahasa pengantor bahasa Perancis. Weh, penin! Depa memberontak, berat betoi nak pegi sekolah, yelah tak paham sepatah pun, nak suka macam mana. Paham ler sebab apa depa tak suka. Yang tua tu sampai madamoiselle cikgu tu bagitau, dia tak join aktiviti belajor, asyik bagi alasan, homework tak buat sebab tak paham. Tapi paksa jugak pegi. Alhamdulllah ler, bila abih setahun boleh ler dapat cakap dengan paham bahasa Perancis. Lepaih tu masuk sekolah baru ni ada kelas bahasa Perancis, sebab udah ada basic, senang ler depa dapat tangkap.

Cerita pase belajor bahasa ni teringat pulak motto dengan ltajuk agu sekolah, Ilmu Panduan Hidup. Masa sekolah menengah dulu mana nak ingat apa ke benda maksudnya. Asyik main ketuk kerusi depan ikut bunyi piano masa nyanyi lagu sekolah dalam assembly. Sekarang ni baru terpikir betoi ler jugak benda tu.

Bangunlah wahai teman-temanku,
Berkorban segenap tenagamu,
Bersama berusaha memajukan bangsa,
Serta tanah air kita.

Bangunlah tuntut segala ilmu,
Tunjukkan kebaktianmu,
Jangan membuang masa,
Dengannya sia-sia,
Kerna ILMU PANDUAN HIDUP.

Tak de ilmu huru hara ler kot idup jadinya..



3 comments:

  1. saya kalau nak sorok benda2 dr anak2, speaking london ngan abahnya sbb anak tak faham..tp lelama dia dah dpt tangkap. em, teringat cerita EO BPO (x ingat dh nama dia) yg blk obersi..anak dia ckp omputih pon tak reti, melayu pon tak reti. pening kepala nenek yg jaga (sementara dpt maid) sbb anak dia minta "au" instead of ayaq!

    ReplyDelete
  2. Kinna: The things that we have to go through.

    ReplyDelete
  3. Hati je sakit tapi physical tak kan? Terima aje lah nasihat org. Ingat je niat dia baik. Aku ni ngan isteri dah dekat 30 tahun duk obersi anak 3 org semua lagi lahir sampai besar pun obersi. mula Australia, sekrg North America. Sekolah dari kinder, elementary, junior high, high school sampai dah 2 kat university anak ku fasih bahasa melayu tapi tak lah tahap spm.

    Apa apa pun kita maafkan je org niat baik tapi cara sampaikan mungkin terpelaot sikit.

    Salam

    ReplyDelete