Friday, March 25, 2011

THE THING ABOUT US: INSPIRASI

Semalam balik kerja, terus tengok basikal yang tak diusik sepanjang musim sejuk lalu.

Semua dalam keadaan baik. Brek, gear okay. Cuma rasanya rantai nak kena gris sikit. Penat giler pam tayar. Sebab cuaca dah makin elok, cun melecun, cadangnya nak start biking balik minggu ni. Semalam dah test naik 32 minit. Semput sikit.

Anyway, tahun ni dah set target untuk berbasikal sekeliling Tasik Geneva. Tahun lepas cuma dapat buat 3 suku tasik jer. Hopefully tahun ni boleh bagi habis. Kena banyak motivasi diri.

Actually, susah betul nak dapatkan inspirasi untuk eksais tiap-tiap hari lepas berjaya kuruskan badan tahun 2009 dulu. Betul la orang kata nak capai sesuatu tu senang, tapi bila dah dapat, nak kekalkan tu yang kerja paling susah. Bukan tak eksais langsung, tapi tak sekerap masa nak turunkan berat badan. Sambil lewa jer. Dulu lari, sejam pagi, sejam petang, tiap-tiap hari, sibuk la macam manapun, biarlah cuaca hujan kilat sabung menyabung pun, panas terik bahang jalan tar pun. Tetap buat. Sekarang ni cuma buat sekadar buat jer. Badan pun dah mula berat balik.

Masa lulus stress test rasanya diri dah masuk bab berlagak dengan riak sewenangnya.Time to shut my mouth and concentrate.

Set target dah. Eksais secara serious pun dah start balik.

Kena continuously paksa diri semula.

PS: For my brothers out there.

Bro, its time. This is not for our own self satisfaction. Do this for our children's sake. 

For Halim Kunta, Mat Awet, Pak Pi and Azrin.

3 comments: